Friday, 22 April 2016

GERUDI BENAM DAN LUBANG SENGGAT


GERUDI BENAM DAN LUBANG SENGGAT





Gerudi Benam.


Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Hujung gerudi ini bersudut 60ยบ. Digunakan untuk membuat lubang benam bagi membenamkan skru kepala benam dan rivet kepala benam. Ia juga boleh digunakan untuk membuang segi pada hujung lubang yang telah digerudi.


Gerudi Lubang Senggat.


Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. Satu bagi pemotong dan dihujung terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi. Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala pasak.