Wednesday, 27 April 2016

PENGENALAN MATA GERUDI

PENGENALAN MATA GERUDI


                                         

     MATA GERUDI.




           Gerudi digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam, proses menggerudi lubang biasanya dibuat menggunakan mesin gerudi atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten kerbida.

        Gerudi dibuat berbagai jenis dan bentuk supaya bersesuaian dengan kerja yang dilakukan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja di industri pengeluaran. Sebelum kerja menggerudi dilakukan, pemilihan jenis gerudi amatlah penting bagi menghasilkan lubang yang licin dan mempercepatkan proses menggerudi.


         Setiap jenis gerudi mempunya kelebihan tersendiri, ciri - ciri yang terdapat pada bahagian badan  setiap gerudi memainkan peranan yang penting terutamanya pada bahagian jidar dan lengkuk jidar. Jika banyak jidar dan lengkuk jidar pada bahagian badan gerudi, kemampuannya untuk menggerudi lubang dan  benda kerja yang keras dapat dilakukan.



Tuesday, 26 April 2016

MATA GERUDI PINTAL(TWIST)


MATA GERUDI PINTAL(TWIST)




Gerudi pintal berbentuk seakan-akan suatu benda yan dipintal. Pintalan ini adalah dari dua laluan lurah yang berbentuk helik melalui sepanjang badan gerudi. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja umum semas di bengkel pemesinan. Gerudi pintal ini mempunyai 4 jenis utama.

Jenis - jenis  Gerudi Pintal ialah :


           1) Gerudi pintal 3 lurah / 4 lurah

           2) Gerudi pintal lubang minyak

           3) Gerudi pintal sudut heliks tinggi / sudut heliks rendah.

           4) Gerudi pintal panjang / pintal pendek.





Monday, 25 April 2016

GERUDI PINTAL BERGABUNG / BERPUSAT


GERUDI PINTAL BERGABUNG / BERPUSAT






Gerudi pintal ini mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60º dan hujung 118º. Digunakan untuk menggerudi hujung bahan pada mesin pelarik supaya dapat disokong oleh tetengah pelarik dan untuk membuat lubang benam yang kecil dan membuang tajam pada hujung lubang y ang telah digerudi. Gerudi ini dibuat dalam dua arah , arah kiri dan arah kanan.

Sunday, 24 April 2016

GERUDI MATA RATA


GERUDI MATA RATA






Berbentuk hujung yang rata pada gerudi ini , kegunaan utama gerudi jenis ini ialah untuk meratakan bahagian dalam lubang yang berbentuk supaya menghasilkan lubang berbentuk tepat 90º

Saturday, 23 April 2016

GERUDI MATA PIPIH




MATA GERUDI PIPIH





Gerudi ini mempunyai hujung mata yang  pipih dan bersudut 45º. Digunakan untuk menebuk lubang yang besar dalam kerja-kerja melarik pada benda kerja.

Friday, 22 April 2016

GERUDI BENAM DAN LUBANG SENGGAT


GERUDI BENAM DAN LUBANG SENGGAT





Gerudi Benam.


Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Hujung gerudi ini bersudut 60º. Digunakan untuk membuat lubang benam bagi membenamkan skru kepala benam dan rivet kepala benam. Ia juga boleh digunakan untuk membuang segi pada hujung lubang yang telah digerudi.


Gerudi Lubang Senggat.


Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. Satu bagi pemotong dan dihujung terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi. Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala pasak.